Tindakan seorang suami menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah berjenama Ferrari telah mengundang perbincangan hangat baru-baru ini.
Mana tidaknya, lelaki tersebut sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM1.2 juta untuk membeli Ferrari putih edisi 488 GTB idaman ramai itu.
Tular di media sosial, penyerahan hadiah Ferrari yang dibuat secara kejutan atau suprise itu dirakam dan dikongsi menerusi satu hantaran di platform TikTok.
Video tersebut memaparkan kereta yang dibungkus dengan kain merah khas berlogo Ferrari dan dihiasi dengan belon pelbagai warna sebelum dibawa dengan treler.
Difahamkan, hadiah mewah tersebut diberi sebagai tanda penghargaan kepada isterinya kerana telah melahirkan ramai cahaya mata.
Orang ramai juga dilihat berkumpul di tepi jalan yang dipercayai terletak berdekatan dengan Sunway, Petaling Jaya untuk melihat kejutan tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton berkongsi rasa terharu dengan kejutan yang dibuat oleh suami tersebut.
Ada juga individu menyifatkan bahawa pemberian hadiah Ferrari itu sebagai satu taktik licik sang suami yang ingin memiliki kereta idaman tanpa dimarahi isteri.
āMuka isteri tak nampak terkejut pun. Mesti beli kereta itu untuk kegunaan sendiri,ā duga seorang pengguna.
āKalau beli untuk diri sendiri mesti tak approve. Tetapi kalau cakap beli untuk isteri mesti terus approve.ā Seloroh pengguna lain.
Ferrari 488 GTB ini adalah kereta mewah berkuasa tinggi yang mula diperkenalkan pada awal tahun 2015 sebagai pengganti kenderaan jenis 458.
Dikuasakan dengan enjin 3.9-liter twin-turbo V8, kereta ini hanya memerlukan tiga saat untuk memecut dari kelajuan 0 sehingga 100 kilometer per jam
Ferrari yang merupakan kenderaan mewah keluaran Itali itu juga mampu mencapai kelajuan maksimum 330 kilometer per jam (km/j).
Baca juga: Terlupa bawa pasport, wanita Singapura dakwa polis trafik Malaysia pau RM10,000