Lantang kritik negara Barat, pendirian Anwar Ibrahim mengenai Gaza jadi sorotan media antarabangsa

Oleh WAN SITI AMINAH

Pendirian tegas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu penindasan Israel ke atas rakyat Gaza telah mencuri perhatian media antarabangsa.

Anwar menurut laporan Agensi Anadolu (AA) lantang mengkritik negara Barat yang mengecam Hamas namun kurang bertindak terhadap kekejaman rejim Israel di Gaza.

Tegasnya, kuasa besar dunia itu seharusnya menghentikan sikap memilih-milih selain mempunyai pandangan yang sangat bertentangan di dalam satu masa yang sama.

Pada masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa ketegangan antara Israel dan Gaza bukanlah berpunca daripada serangan Hamas pada Oktober tahun lalu.

Sebaliknya, dasar Israel yang mencabul hak rakyat Palestin selama berdekad-dekad lalu dan kekejaman rejim itu adalah faktor penyumbang kepada konflik berterusan ini.

“Apa yang saya tolak sekeras-kerasnya ialah naratif ini, obsesi ini. Seolah-olah keseluruhan masalah bermula dan berakhir pada 7 Oktober. Ia tidak bermula dan tidak berakhir dengan 7 Oktober.

Baca Artikel Penuh