Lelaki berhabis RM11,000 bawa isteri tengok konsert Taylor Swift, siap pakai T-shirt ini untuk tunjuk kos yang dibelanjakan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki mencuri tumpuan warganet selepas menghadiri konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura dengan gaya yang lain daripada lain.

Lelaki itu mengenakan t-shirt putih di mana bahagian belakang baju itu dicetak kos keseluruhan yang dikeluarkan untuk membawa si isteri ke konsert tersebut.

Di hadapan baju-T yang dicetak terdapat tulisan berbunyi; ‘Saya bukan Swiftie, tetapi saya mahu membahagiakan isteri saya’.

Sementara itu, di bahagian belakang adalah pecahan penuh perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pasangan itu menghadiri konsert pada 3 Mac.

Perincian bajet ke konsert Taylor Swift:

Kategori tiket: 21.5 juta rupiah (RM6,463)

Baca Artikel Penuh