Lelaki dari Selangor dapat RM35 Juta sekelip mata

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bayangkan anda salah seorang 60 rakyat Malaysia yang menjadi jutawan segera minggu lepas. Itulah yang terjadi kepada rakyat Malaysia apabila sekelip mata sahaja mereka menjadi jutawan dengan wang yang berjuta-juta masuk dalam akaun.

Apa yang terjadi sebenarnya? NST melaporkan jackpot terbesar Supreme Toto 6/58 mencecah RM121.7 juta iaitu satu jumlah terbesar dalam sejarah loteri Malaysia.

Jumlah yang menjadi satu bualan hangat di kalanga netizen Malaysia yang membincangkan isu ini. Namun harus diingat bahawa umat islam diharamkan untuk bermain loteri seperti ini.

Menurut kenyataan rasmi daripada STM Lottery Sdn Bhd, sebahagian besar jackpot, iaitu RM104.77 juta, telah dimenangi oleh 51 individu – enam dari Selangor dan 45 dari Negeri Sembilan.

Usahawan berusia 30 tahun dari Selangor yang merupakan pemenang utama membawa pulang RM34,923,156.10.

Beliau juga menerima bonus System Play sebanyak RM269,168 selepas membeli tiket System 12 dengan nombor bertuah 5, 38, 39, 42, 46, dan 57.

“Selepas pulang dari luar negara, saya terinspirasi untuk memilih nombor-nombor ini. Saya ada perasaan kuat yang saya akan menang apabila jackpot melepasi RM100 juta,” katanya seperti dipetik NST.

Beliau merancang untuk melabur wang kemenangan bagi mengembangkan kekayaannya yang baharu.

baca: Lelaki rebah lepas menang ‘jackpot’ RM14 juta, teruja sampai kena serangan jantung