Di tengah-tengah kebangkitan jenama automotif dari China yang menawarkan spesifikasi lebih menarik pada harga kompetitif, ada yang berpendapat Honda berisiko tercicir sekiranya gagal melakukan perubahan yang memenuhi kehendak pasaran semasa.
Seorang pengguna Threads, Hafizi Norizan, berkata, Honda kini tidak lagi dilihat sebagai simbol kekayaan seperti suatu ketika dahulu.
“Aku pernah cakap Honda lagi lima tahun akan bungkus kat Malaysia ni.
“Jualan Honda makin lama makin jatuh. Orang dah tak anggap Honda ni sebagai status simbol. Kau lepak mamak, letak kunci Honda atas meja orang tak pandang dah,” tulisnya.
Menurutnya, angka jualan kenderaan itu kini sedang menunjukkan trend penurunan, iaitu 81,600 unit pada 2024 dan 72,301 unit pada 2025.
Malah, mendakwa sasaran jualan Honda bagi 2026 juga hanya sekitar 60,000 unit.
Bukan itu sahaja, Honda kini berdepan saingan sengit daripada pengeluar kereta dari China seperti Chery, Jaecoo, dan BYD yang menawarkan ciri serta spesifikasi lebih menarik pada harga kompetitif.
“Kalau bajet RM100,000, banyak sangat dah pilihan elok yang ada. Pilihan yang bagi lebih banyak kepuasan pada pembeli,” katanya.
Individu itu turut membandingkan beberapa model Honda dengan kenderaan pesaing, termasuk kualiti kamera undur dan kelengkapan dalaman yang disifatkannya kurang memuaskan.
Dia membangkitkan perbezaan spesifikasi Honda HR-V pasaran Thailand dan Malaysia, serta mengkritik Honda WR-V yang menurutnya kurang menarik berbanding Perodua Ativa.
Menurutnya, Honda perlu segera berubah dengan menawarkan spesifikasi lebih baik serta harga lebih kompetitif sekiranya mahu terus relevan di Malaysia.
“Jangan anggap market Malaysia ni second class, bagilah spec yang elok, letak harga kompetitif. Kalau tak, bye bye lah Honda,” katanya.
Baca juga: Jangan tunggu kena reject dekat bank, ini tanda MyKad anda mungkin perlu ditukar segera!