Pastinya kalau ke majlis perkahwinan ada tetamu yang hadir dengan membawa hadiah manakala ada juga yang lebih gemar salam kaut atau dalam bahasa senang memberikan wang kepada pengantin.
Pemberian wang ini digelar sebagai salam kaut, selalunya berlaku di antara tetamu majlis dan ibu bapa pengantin
Seorang lelaki, Jayy Hardy menyoal dalam facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, berapakah jumlah salam kaut yang diberikan dan jawapan daripada pengguna tidak menghampakan.
Seorang pengguna Facebook Jade Nur, berkongsi bahawa jirannya memberi duit berdasarkan rasa makanan di kenduri tersebut.
“Bekas jiran saya selalu bawa duit salam kaut iaitu antara RM5 atau RM10.
“Kalau lauk kenduri sedap dan menu banyak dia akan berikan RM10 tapi kalau lauk tak sedap dan menu biasa-biasa dia akan hulur RM5 sahaja,” katanya.
Bagi Muhd Afnan, dia pula berpendapat berdasarkan zaman, pengantin patut diberi RM50 namun bergantung juga jika anda mampu atau tidak.
“Standard zaman sekarang paling kurang RM50 dah la, berdasarkan keadaan kewangan juga masa tu.
“Aku paling tak suka beli hadiah, aku prefer bagi cash (wang tunai) je, sebab cash is king. Orang baru kahwin pun banyak nak pakai cash,” ujarnya.

Di Sabah duit salam kaut ini digelar Solok, Rizwan Jumardi berkongsi bagaimana mereka akan membuka sampul dan mencatat nama.
“Kalau di Sabah, kami panggil Solok. Kalau dah habis majlis kami akan buka sampul dan catat nama dan amaun dalam sampul sebab duit tu dikira hutang.
“Jadi bila orang tersebut ada buat majlis, wakil pihak keluarga akan datang dan bagi solok tersebut dengan ikut jumlah yang pernah diberi atau pun dilebihkan,” tambahnya.
Tidak kisah berapa jumlah yang diberikan, yang penting keikhlasan dan doa daripada tetamu untuk diberikan kepada pasangan yang baru memulakan kehidupan sebagai suami isteri.