Lepas lima kali bertukar, Elfira Loy dedah punca tak mahu pembantu rumah

Oleh MAISARAH AISYA

Kebiasaannya, tujuan mengambil pembantu rumah adalah untuk meringankan beban kerja harian di rumah.

Namun dalam sesetengah situasi, perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila pelbagai masalah baharu timbul.

Usahawan dan pelakon, Elfira Loy mendedahkan dirinya serik selepas lima kali bertukar pembantu rumah yang berlaku disebabkan pelbagai masalah lapor Berita Harian.

“Saya pernah lima kali bertukar pembantu rumah. Setiap kali ambil pembantu baharu, ada saja yang tak kena.

“Anak tak serasi dan pernah juga ketika saya keluar shooting, tiba-tiba pembantu beritahu tak mahu bekerja lagi.

“Sedangkan saya sudah ‘lock’ jadual dengan produksi. Akhirnya, saya terpaksa bayar pihak ketiga untuk jagakan anak.

“Dan kosnya pula tiga kali ganda berbanding membayar pembantu,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Disebabkan pelakon yang sudah sedekad dalam industri memilih untuk menguruskan sendiri keperluan keluarga.

“Bila difikirkan kembali, ada pembantu rumah sebenarnya lebih menyusahkan. Jadi saya rasa tak apalah, biar saya uruskan semuanya sendiri.

“Lagipun saya sudah lebih 10 tahun dalam industri, apa salahnya saya berehat sekejap demi anak.

“Alhamdulillah, mereka pun lebih selesa bila saya yang menjaga, memasak dan sentiasa berada di rumah.

“Hidup saya juga lebih gembira dan tidak lagi tertekan seperti ketika ada pembantu rumah,” katanya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua anak itu memaklumkan dia banyak belajar daripada suri rumah yang lebih berpengalaman dalam menguruskan keluarga.

Baca juga: Suami halau isteri sarat hamil pada jam 1 pagi, sehelai sepinggang dengan 2 anak