MUHAMMAD AZMI JAMALUDIN
Lepas ini pengguna lebuh raya dah tak perlu pening kepala tersangkut kat lorong tol sebab salah kaedah bayaran.
Antara dilema pengguna jalan raya di Malaysia adalah terpaksa memilih lorong yang betul sama ada RFiD, SmartTAG atau Touch ‘n Go.
Kebanyakan kes jem di plaza tol adalah disebabkan kegagalan peranti atau baki tidak mencukupi di lorong yang spesifik.
Masuk lorong RFiD tapi alat tak detect.
Nak masuk SmartTAG tapi bateri habis.
Nak guna Touch ‘n Go tapi kad dah habis kredit.
Kalau nasib baik palang buka. Tapi kalau nasib tak baik satu barisan kereta kena tunggu kita undur balik.
PLUS Malaysia baru sahaja memperkenalkan aplikasi JustGO sistem ANPR (Automatic Number Plate Recognition).
Dengan sistem baru ini pengguna tak perlu lagi bersusah seperti sebelum ini.
Ini secara tak langsung memberi sinar harapan pada pemandu yang selama ini mencari kelancaran total tanpa perlu fikir pasal peranti tambahan.
Kehadiran sistem ANPR ni bakal mengubah lanskap pembayaran tol di Malaysia secara total.
Bayangkan sistem tol:
Tak perlu peranti (SmartTAG)
Tak perlu lekat stiker (RFiD)
Tak ada kos pendahuluan
Boleh lalu mana-mana lorong
Nombor plat dikesan automatik
Caj terus dari kad atau e-wallet dalam app
Perkara yang ramai pemandu Malaysia idamkan.
1. Bebas Lorong, Tiada Lagi Isu Salah Masuk
Sistem ni membolehkan kenderaan melalui mana-mana lorong tol tanpa perlu ikut kaedah bayaran tertentu. Kamera pintar akan kesan nombor plat kita secara automatik.
2. Kos Sifar Untuk Bermula
Ini benda paling ramai akan suka. Tiada peranti tambahan atau kos pendahuluan diperlukan untuk mula guna sistem ini.
Hanya perlu:
Muat turun aplikasi JustGO
Sahkan butiran peribadi
Lengkapkan maklumat kenderaan
Pautkan kaedah pembayaran
Lepas ni takde lagi isu kena beli peranti sampai ratusan ringgit hanya nak lalu lorong ekspres.
Setakat ini hampir 200,000 pengguna sudah mula memuat turun aplikasi ini sebagai persediaan.
Ujian rintis (Pilot Test) sudah mula dijalankan di lokasi terpilih di utara:
Hutan Kampung Toll Plaza
Alor Setar Utara Toll Plaza
Alor Setar Selatan Toll Plaza
Pendang Toll Plaza
Gurun Toll Plaza
Sungai Petani Utara Toll Plaza
Sungai Petani Selatan Toll Plaza
Bertam Toll Plaza
Sungai Dua Toll Plaza
Sekiranya pelaksanaan ini berjaya mungkin pihak PLUS akan perluaskan ke lokasi lain pula.
Moga dengan kedatangan teknologi ANPR memaksa industri konsesi lebuh raya bergerak ke depan dan berubah mengikut arus digitalisasi.