Isu bapa yang tidak membayar nafkah anak merupakan satu masalah serius yang memberi kesan besar kepada kebajikan dan perkembangan kanak-kanak.
Isu ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang biasa, malah para selebriti turut berhadapan dengan suami yang tidak bertanggungjawab.
Pelakon Linda Hashim tampil membidas kenyataan dikeluarkan suaminya Beego yang menyalahkan dirinya di media sosial lapor Harian Metro.
“Banyak sangat tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada tiga anak-anak kami yang selama ini diabaikan. Saya kasihan dengan anak-anak.
“Bapa mereka abaikan persekolahan. Anak sakit pun, dia tidak peduli, tidak bawa pergi klinik, apa semua. Jadi saya geram dan buat hantaran di TikTok.
“Saya tanya mana bapa budak-budak ini. Sebab bila saya bercakap dengan Beego, hanya dia sahaja yang betul,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Dedah Linda, jumlah nafkah diberikan Beego buat anak-anak tidak sesuai jika dibandingkan keadaan ekonomi sekarang.
“Sekali bagi RM500 dan kadang RM300. Paling banyak itulah RM500 dia bagi saya. Itu kira paling banyaklah. Belanja persekolahan harian anak memang saya tanggung sepenuhnya.
“Kos kenderaan anak ke sekolah, pengasuh, saya yang tanggung sepenuhnya. Sakit anak, klinik, apa semua, resit semua ada, saya tanggung sepenuhnya.
“Duit yang dia pindahkan betul-betul, saya pergi beli susu anak. Susu anak dia dah lebih RM100.
“Duit lauk, kalau ada baki lagi RM300 hanya untuk seminggu saja. Anak-anak bukan makan sekali sahaja sehari,” kongsinya.
Baca juga: Jualan jeruk melebihi RM9 juta dalam 30 hari, ini bagaimana Aliff Syukri jadi raja TikTok Shop