“Macam gaji aku setahun” – Netizen terkejut lihat 2 beradik dapat duit raya hampir RM30k

Oleh MAISARAH AISYA

Jika ada ramai kenalan dan saudara maka tak terkejutlah jika anak dapat duit raya banyak, tidak kiralah jumlah sedikit atau tidak.

Tapi ada juga budak yang bernasib lebih baik apabila mendapat duit raya cecah puluhan ribu ringgit.

Buat ibu bapa di Indonesia ini, mereka berkongsi video si anak mengira duit raya yang di kumpul semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut portal Wolipop jumlah duit raya dimiliki dua anak mereka adalah 100 juta rupiah (RM29,375).

Kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut mengusahakan perniagaan kosmetik di Indonesia terutamanya produk kecantikan jenama MS Glow.

Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana menunjukkan kepelbagaian mata wang yang diterima anaknya iaitu dalam denominasi rupiah, dolar Singapura dan dolar Amerika Syarikat.

Video tersebut turut memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp menunjukkan anak pertama Shandy dan Gilang iaitu Felis mendapat duit raya berjumlah 33 juta rupiah (RM9,697).

Manakala anak kedua mereka pula memperoleh duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).

Shandy turut berkongsi video berbeza menunjukkan dia membawa kedua-dua anaknya untuk menyimpan duit raya mereka di sebuah bank.

Menurutnya, jumlah keseluruhan duit raya pada tahun ini adalah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).

Rata-rata netizen terkejut melihat jumlah yang dikatakan hampir sama dengan gajinya untuk setahun.

“Itu bukan duit raya, tetapi duit gaji saya selama lebih setahun.

“Banyak betul duit raya anak orang. Anak saya dapat 200,000 rupiah (RM58.75) pun sudah Alhamdulillah,” antara komen pengguna Instagram.

Baca juga: Baru tahu dakwaan isi minyak penuh sebabkan kerugian tak tepat, ini penjelasan pakar automatif