Apabila duit dan harta sudah mengaburi mata, maka rasa tanggungjawab kepada orang tua juga hilang.
Bekas jutawan, Daut @ Kassim Jali pernah memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam dan beberapa aset.
Namun selepas mengagihkan kesemua aset kepada tujuh orang anak berusia 41 tahun hingga 58 tahun, bermulalah episod baru melihat perangai sebenar anak-anaknya.
Kisah ini merupakan kisah kira-kira dua tahun lalu yang pada itu mendapat perhatian ramai. Ia boleh dijadikam iktibar dan teladan.
Mengikut laporan, Daud mendakwa kesemua anaknya bukan sahaja “lupa daratan” malah turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya.
Dia terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri dan isteri keduanya.
“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya, nafkah sara hidup saya pun mereka tidak beri.
“Bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya.
“Saya tidak mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma rasa kecewa, macam ini rupanya balasan kepada saya,” ujarnya.
Menurutnya, anak-anaknya sudah dua tahun tidak menjenguknya bahkan tidak datang ketika dia ingin mengerjakan umrah.
Sebelum ini, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka.
Malah dia berjaya memperoleh hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.
Walaubagaimanapun, anak-anaknya telah mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan dia kini tiada lagi sumber kewangan.
“Justeru itu, beliau memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya yang berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” kata peguamnya.
Baca juga: “Seminggu dia balun kita setengah mati” – Anwar