Macam pelik tapi betul ke pembikinan filem Lagi-Lagi Senario berdasarkan krisis kewangan 1977?

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya semua pernah menonton sitkom Senario, gandingan kumpulan pelawak di Malaysia yang sering melakukan filem yang boleh ‘relate’ dengan dunia sebenar.

Salah satu filem mereka yang terkenal adalah ‘Lagi-lagi senario’. Ada spekulasi mengatakan pembikinan filem itu dibuat berdasarkan krisis kewangan 1977.

Kalau anda perhatikan, ia seolah-olah menggambarkan tentang krisis ekonomi.

Berdasarkan watak Wahid, dia sudah memiliki jawatan yang baik namun dipecat, akhirnya dia terpaksa bekerja dengan memakai kostum sesumpah di pasar raya.

Namun dia juga dipecat daripada jawatan tersebut dan akhirnya Wahid terpaksa kerja di Warung Azlee yang menjual roti canai.

Mula-mula dia memandang rendah pekerjaan di kedai tersebut tapi bila tengok Saiful mampu beli barang mewah terus Wahid terkejut.

Sebab dalam satu babak ni ada tunjuk Azlee hulur RM50 kepada Majid sebagai gaji harian. Tak mustahil gaji Saiful boleh mencecah RM1000 sebulan pada tahun 1997.

Namun dek kerana tamak, Saiful berpindah ke kedai baru yang dibuka bersebelahan Azlee hingga dianggap pengkhianat tapi mungkin sebenarnya gaji yang ditawar lebih tinggi.

Kena fikir juga masa krisis kewangan 1997 dulu, ramai yang dipecat. Jadi jika tawaran lain datang dengan faedah maka tidak salah untuk memilih yang lagi satu.

Berhentinya Saiful hampir menyebabkan kejatuhan perniagaan Azlee kerana yang ada hanya pelayan dan pembuat air di warung tersebut.

Waktu yang sukar memaksa Wahid cuba untuk menjadi penebar roti canai. Dapat dilihat sikapnya yang kreatif membantu perniagaan Azlee untuk terus bertahan.

Secara tak sengaja, Wahid mendapat ilham untuk menebar baju kotor di bilik air. Setelah lama berlatih, dia dapat yakinkan Azlee untuk jadi penebar roti canai.

Daripada sini dapat kita simpulkan bahawa krisis ekonomi memaksa rakyat untuk keluar dari kepompong dan mencuba benda yang baru demi sesuap nasi.

Artikel asal: The Patriots

Baca juga: Akibat lambakan buah, peniaga lelong durian dengan harga RM50 untuk tiga bakul elak rosak