Rasuah: Muhyiddin berdepan hukuman sehingga 35 tahun penjara

Oleh KIM SYAZIE

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah.

Rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Pagoh telah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussain.

“Saya tidak mengaku bersalah, mohon dibicarakan,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Justeru itu, Mahiaddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, beliau didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu.

Baca Artikel Penuh