Tindakan bekas perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin membuat ubahsuai kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana sebanyak RM38.5 juta terus menjadi isu pilihan raya enam negeri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap di Stadium paroi, Negeri Sembilan malam tadi berkata, kuasa yang ada sepatutnya digunakan oleh pemimpin kerajaan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk rakyat.
“Saya tegaskan bahawa negara ini di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan, terutamanya dalam membangun ekonomi.
“Negara ini mesti diselamatkan dari pihak yang bicara soal bersih berdegar-degar tapi realitinya jauh bertentangan.
“Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat.
“Bukan sibuk ubahsuai kediaman rasmi perdana menteri dan susun anak menantu untuk cekau dan sakau projek-projek kerajaan!” katanya menempelak Mahiaddin.
Lantaran itu, katanya, rakyat pelbagai kaum mesti berpadu dukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.
Turut hadir dalam ceramah besar malam tadi adalah rakan-rakan dari Gabungan Perpaduan yakni BN, GPS, GRS serta Warisan.