Mahkamah kekal keputusan bebas Syed Saddiq, tolak rayuan akhir pendakwaan

Oleh MALAYSIADATELINE

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hal ini berikutan keputusan majoriti 2-1 daripada dua hakim iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang berpendapat bahawa bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu wajar dilepas dan dibebaskan.

Manakala Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim dengan pandangan berbeza susulan mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah atas pertuduhan dikenakan terhadapnya, lapor Sinar Harian.

Namun keputusan majoriti yang dicapai menolak rayuan akhir pendakwaan sekali gus membebaskan Syed Saddiq daripada hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

Baca juga: Tuai tilapia kali kelima, Mat Sabu jamu Duta Rusia, Iran dan Uzbekistan di rumah