Mahu hidup sederhana, ratu cantik tekad tinggalkan dunia glamor untuk jadi petani

Oleh KIM SYAZIE

Berhasrat untuk hidup bersederhana, seorang wanita sanggup meninggalkan populariti yang dikecapi setelah bergelar ratu cantik.

Tanpa riasan solekan tebal dan mahkota di kepala, wanita berkenaan rupa-rupanya lebih memilih untuk menjadi petani di kampung halaman.

Malah, sebelum berhijrah, wanita berkenaan juga sempat menjual rumah mewahnya di ibu kota hanya untuk merealisasikan impiannya itu.

Pernah bergaya dengan penuh glamor, kini wanita itu hanya mengenakan kemeja-T sewaktu menghabiskan masa seharian dengan bercucuk tanam.

Sekian lama berlalu, wanita tersebut sekarang hidup bahagia di kampung bersama ibu bapa, suami serta enam orang cahaya mata.

Walaupun sudah bersara dari dunia seni, ratu cantik itu sempat menyapa peminat dan berkongsi perkembangannya di media sosial.

Mengejutkan, wanita itu mampu mengekalkan wajah yang cantik dan bentuk badan yang menarik walaupun telah berkali-kali melahirkan anak.

Tidak pernah khuatir bentuk badannya berubah setelah melahirkan anak, wanita itu bahkan gembira dengan kehadiran cahaya matanya itu.

“Saya menganggap anak-anak adalah anugerah dari syurga. Sebab itu saya tidak pernah merasa sedih ataupun khuatir bila memiliki ramai anak.

“Saya sukakan kanak-kanak. Jadi semakin banyak anak, semakin seronok,” kata Oanh Yen memetik portal berita Wolipop.

Berasal dari Vietnam, Oanh Yen pernah memenangi pertandingan ratu cantik Miss World Global 2015 yang dilangsungkan di Filipina.

Selain itu, Oanh Yen juga pernah berjaya ke pusingan final Miss Vietnam 2008 dan berada di dalam senarai top 15 Miss Vietnam 2010.

Baca juga: Tiada duit ada hati nak ‘travel’, siap minta rakyat Malaysia tanggung perbelanjaan