Gara-gara mahu menghilangkan dahaga, seorang wanita telah bertindak meminum air sebanyak empat botol dalam masa 20 minit.
Siapa sangka, tindakan tersebut telah menyebabkan ibu kepada dua anak itu rebah tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.
Kejadian mulanya berlaku ketika wanita itu meluangkan masa bersama keluarga dengan mengelililngi tasik menaiki sebuah bot.
Menurut ahli keluarga, wanita berkenaan kemudian mengalami kehausan yang melampau selain mengadu berasa pening dan sakit kepala.
Oleh yang demikian, wanita berusia 35 tahun itu membuat keputusan untuk meneguk air sebanyak kira-kira 1.8 liter bagi menghilangkan rasa dahaga.
Segera dirawat di hospital, pakar perubatan mendapati wanita berkenaan mengalami keracunan air atau lebih dikenali sebagai hyponatremia.
Memetik laporan Daily Mail, wanita malang yang bernama Ashley Summers itu langsung tidak sedar sehingga disahkan meninggal dunia.
“Ashley mengalami bengkak otak, mereka (kakitangan hospital) tidak tahu apa puncanya dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk membantunya.
“Keadaan tidak kelihatan membaik. Dia tidak sedar sehingga kematiannya. Kejadian ini adalah satu kejutan kepada kami semua.
“Saya langsung tidak sangka bahawa perkara ini (ketoksikan air) betul-betul wujud,” kata abang kepada Ashey memetik Daily Mail.
Keadaan ini berlaku boleh berlaku kepada seseorang yang meneguk air dalam kuantiti yang berlebihan di dalam saluran sempit.
Kuantiti ini mengatasi keupayaan sistem organ kompleks badan terutama buah pinggang bagi mengawal keseimbangan cecair.
Mengharukan, kematian wanita asal Amerika Syarikat itu telah menyelamatkan lima nyawa lain kerana niat murninya yang mahu mendermakan organ.
Difahamkan, jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu tulang miliknya didermakan kepada insan yang sangat memerlukan.
Baca juga: Anak baru lahir keluar haid? Jangan panik, ini 6 perkara pelik yang akan dialami bayi