Majikan dari neraka! Pekerja terpaksa ‘rolling’ duit berniaga, tak dapat gaji pula tu

Oleh KIM SYAZIE

Setiap pemilik perniagaan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan pekerja, bukannya lari bila ada masalah.

Itulah yang terjadi kepada pekerja di sebuah restoran Thailand yang terletak di pusat beli belah MyTown.

Pekerja ini terpaksa mencari inisiatif sendiri dalam menguruskan perniagaan selepas majikan mereka melarikan diri akibat hutang.

Kesukaran mencari pekerjaan pada ketika ini menyebabkan mereka menurunkan harga menu untuk menarik pelanggan makan di situ bagi menampung gaji yang tertunggak.

Pekerja di situ turut bersyukur kerana pihak MyTown memahami situasi ini dan tidak mengenakan sewa selama dua bulan.

“Sempena bos dah lari, MyTown bagi bantuan tak kenakan sewa selama satu dan dua bulan.

“Jadi kami turunkan harga menu supaya orang datang makan untuk cover gaji yang tertunggak. Jom bantu kami dengan makan kat sini, ya,” tulisnya.

Melalui perkongsian di TikTok Restoran Bangkok Wasabe & So Thai itu, banyak menu yang tidak dapat disediakan dek kerana kekurangan duit.

https://www.tiktok.com/@bangkokwasabe/video/7255709639281528066

Dalam masa sama, pekerja juga risau jika tidak dapat menampung kos sebanyak RM96,000 dalam jangka masa yang singkat.

“Kedai pun dah semakin perlahan sekarang, beli barang masak dekat pasar Chow Kit sendiri, guna duit hasil jualan, nak pusing buat untung dapatkan gaji balik.

“Terima kasih pengurusan MyTown kerana ihsan menolong kami, tapi semua bergantung pada pelanggan untuk datang makan.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami dan semoga bos yang lari mendapat balasan setimpal atas apa yang dilakukan,” katanya.

Baca juga: Nak kahwin lain sebab isteri asyik beranak anak perempuan, sekali kena serang warganet