Malaysia berjaya hasil 3 varian bawang merah tempatan, mampu kurangkan import – Mat Sabu

Oleh WAN SITI AMINAH

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin negara kini berada di landasan tepat bagi mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.

Hal ini kerana, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan sebanyak tiga varian baharu membabitkan tanaman bawang merah tempatan.

Penanaman yang telah dimulakan pada tahun lalu itu dijangka bakal dapat memenuhi matlamat untuk mengurangkan import bawang merah negara sebanyak 30 peratus.

Bertepatan dengan kejayaan projek ini, Mohamad Sabu mengarahkan pihak MARDI untuk memulakan penanaman varian bawang merah tempatan ini secara berskala besar.

Melibatkan varian BAW-1, BAW-2 dan BAW-3, khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh Mohamad Sabu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

“Insya-Allah, kita di landasan yang tepat untuk mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.

Baca Artikel Penuh