Malu dinding putih jadi kuning? Ikuti tips mudah ini

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya cat warna putih ini menjadi pilihan asas buat mereka yang tidak mahu memeningkan kepala pilih warna lain.

Bila pilih dinding warna putih ni mesti perasan lama kelamaan dia akan bertukar kuning dek kerana habuk.

Ikuti tips untuk bersihkan dinding yang dikongsikan menerusi portal The Spruce.

Cara bersihkan dinding putih

  1. Pencuci serbaguna

Gunakan pencuci serba guna dengan kain microfiber.

Pilih pembersih serba guna yang mempunyai tekstur bersabun agar ia berfungsi untuk menghilangkan kotoran seperti kesan makanan dan minuman di dinding putih.

  1. Sabun cuci pinggan dan span

Letakkan setitik sabun pinggan di bahagian dinding yang kotor. Kemudian, basahkan span gosok beberapa minit sehingga kotoran hilang.

Ulangi proses ini sehingga dua atau tiga kali.

Sabun pinggan adalah pembersih yang sangat berguna untuk permukaan di sekeliling rumah.

  1. Pes baking soda

Baking soda ni walaupun sepatutnya digunakan dalam masakan tapi banyak fungsinya dalam membersih alatan.

  1. Sediakan tiga sudu baking soda dan satu sudu air.
  2. Kemudian, kacau sehingga sebati dan menjadi seperti pes.
  3. Sapukan pes tersebut pada dinding dengan menggunakan span.
  4. Biarkan seketika dan lap menggunakan kain bersih sehingga kotoran hilang.

Kalau nak senang lagi, sekarang dah ada mop dengan tisu basah, gunakan itu sahaja pun sudah mencukupi, dinding juga nampak lebih bersih.

Baca juga: Belajar buat telur masin di Youtube, pasangan ini berjaya raih untung RM6,000 sebulan!