Meniaga asal boleh je, wanita terkejut jumpa ‘telur katak’ masa tengah jamah nasi lemak

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita terkejut selepas menjumpai bendasing seperti telur katak dalam bungkusan nasi lemak yang sedang dijamahnya.

Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, dia mendakwa menjumpai berbiji-biji telur kecil dipercayai telur katak, dan hanya tersedar mengenai hal itu selepas selesai menjamah makanan tersebut.

Dalam video yang dikongsi, jelas terlihat telur-telur itu seperti kulat pada daun pisang.

“Saya dah habiskan nasi lemak baru perasan!

“Mak saya kata itu telur katak tapi rakan saya nak sedapkan hati, dia cakap tu biji selasih. Saya tak akan makan nasi lemak bungkus daun pisang lagi selepas ini,” kata individu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui terkejut selain mendakwa kemungkinan peniaga tidak lap daun pisang dengan elok sebelum digunakan untuk membungkus makanan.

Baca Artikel Penuh