Model terkenal Halima Aden sempat menjadi sorotan sekitar 2020 selepas mengumumkan mahu mengundurkan diri dari dunia fesyen dan menumpukan kepada dunia kebajikan.
Ini kerana seiring dengan berkembang kerjayanya, dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima apabila sesetengah pihak tidak menghormati dirinya sebagai wanita berhijab.
Wanita berkulit hitam manis itu menetapkan hanya menerima kolaborasi fesyen yang melambangkan dirinya sebagai wanita muslim dengan hijab yang dipakai sempurna.
Namun pada Jun 2023 yang lalu, Halima yang memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram mengejutkan ramai apabila dia tampil dengan gaya selendang yang memperlihatkan rambut pada dua hantaran terkini di Instagram.

Menerima lebih kurang 100 ribu tanda suka untuk kedua-dua gambar beserta ribuan pertanyaan ramai, dia menutup ruangan komen dan sehingga kini tidak lagi mengemaskini Intagramnya sejak empat minggu lalu.
Perkara ini mengejutkan ramai apatah lagi dia merupakan figura yang sebelum ini lantang mempertahankan hijab dalam dunia fesyen antarabangsa.
Halima merupakan warganegara Amerika Syarikat berketurunan Somalia. Dia mula melakar nama apabila menjadi peserta pertama Miss USA yang mengenakan hijab dan berjaya menjadi semi-finalis Miss Minessota USA 2016.
Namanya menjadi popular dan dia dilamar untuk bernaung di bawah agensi peragaan terkemuka. Dia menjadi pilihan pelbagai jenama antarabangsa dek kecantikannya dan juga kelainan yang ditonjolkan sebagai hijabi.
Baca juga: Didakwa bakal wakili PN dalam pilihan raya akan datang, ini respon Baddrol Bakhtiar