Tular sebelum ini isu ‘pengemis’ dengan badan penuh tatoo yang dibantu pendakwah sensasi, Ebit Lew sudah membuka kembali tudungnya.
Wanita tersebut juga terkenal kerana pengikut TikTok yang ramai hingga ada mempersoal mengapa Ebit membantunya.
Kini kes ini kembali semula selepas penyanyi, Caprice menemu bual wanita Indonesia tersebut untuk menjelaskan sisinya pula selepas teruk dikecam.
Mondy meluahkan rasa kesal apabila netizen terus-menerus menyalahkan dirinya sedangkan keadaan sekeliling membuatkan dia terpaksa mengikuti Ebit Lew.
Tambah Mondy, orang luar hanya kenali Ebit sebagai seorang yang baik tetapi mereka tidak lihat lagi sisi ‘jahat’ pendakwah tersebut.
“Kau tak tahu apa aku alami selama bersama dengannya. Kau cuma tahu dia baik, bagi macam-macam dekat aku tapi…” katanya dalam klip pendek dimuat naik di Instagram Caprice.
Namun lain pula pendapat netizen yang meminta Caprice untuk tidak terlalu percaya wanita tersebut.
“Dua-dua aku tak percaya Cap, jangan temu bual lagi orang mcm ni, bazir masa.
“Tapi orang sebenarnya tak kecam Mondy, orang kecam lelaki berkopiah sebab jadikan wanita itu bahan untuk cari perhatian dunia.
Antara komen netizen lain:

Adalah lebih baik Capice pertemukan dua individu ini untuk jelaskan hal sebenar, kerana tidak adil untuk dengar sebelah pihak sahaja.
Baca juga: Dibantu Ebit Lew 2 bulan lalu, Mondy Tatoo tayang sifat sebenar lepas buka tudung?