Najib tetap tak boleh bertanding PRU16 jika dibebaskan lebih awal, ini penjelasannya

Oleh WAN SITI AMINAH

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepertinya tidak berpeluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung pada 2027.

Perkara ini berpunca daripada kegagalan Najib yang juga merupakan bekas Presiden UMNO itu bagi mendapatkan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

Oleh yang demikian, Najib selaku individu yang disabit bersalah dan dihukum penjara hanya boleh bertanding selepas tempoh lima tahun daripada tarikh tamat hukuman.

Perkara ini turut oleh diakui Pakar Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, lapor Sinar Harian.

Jelas Dr Khairil, ia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi peruntukan perkara 48 (1) (e) dibacakan bersama dengan 48 (3) mengenai kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

Malah, bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut kehilangan kelayakan untuk memegang mana-mana jawatan lagi di dalam perkhidmatan awam bagi tempoh yang sama.

Baca Artikel Penuh