Nak bentang tikar pun kena bayar RM5 di pantai Port Dickson, “ini dah melampau!” – pengunjung

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengunjung meluahkan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar RM5 kerana membentang tikar di kaki lima pantai Port Dickson.

Memuat naik hantaran di laman Facebook, lelaki tersebut menyifatkan tindakan yang diambil pengurus tempat itu sebagai melampau.

Lelaki yang menggunakan nama Reebar Seller itu mendakwa caj tersebut tidak patut dikenakan kerana tikar itu tidak dibentang di tapak perkemahan.

“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul!. Kau duduk dekat kaki lima ni, letak tikar pun kena bayar RM5.

“Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun. Baik kau koba (beritahu) air laut tu pun kau bayar sewa,” katanya.

Pengadu itu turut menuntut agar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk memantau aktiviti perniagaan di situ agar tidak menindas pengunjung.

Baca Artikel Penuh