Donut peach, ini adalah trend terbaru di media sosial, ramai pengguna yang sanggup pergi ke beberapa kedai demi mencari buah ini.
Sudahlah sukar di cari malah harganya juga mahal namun disebabkan trend, tiada siapa kisah akan harga makanan yang mahal.
Buat wanita ini, dia tidak menyangka makan buah tersebut boleh menyebabkan dirinya dikejarkan ke kecemasan.
“Tak semua orang boleh makan, akulah orang itu. Sekali makan dalam 15 minit, terus rasa sebu nak muntah, naik biji-biji gatal sampai kena pergi kecemasan.
“Lepas kena cucuk baru jadi manusia balik, kalau tidak tergaru-garu macam beruk. Ini pengalaman aku makan buah viral.
“Baki buah selebihnya aku suruh suami aku makan,” ujarnya di kapsyen TikTok.
Wanita tersebut turut memaklumkan tidak membeli buah itu dan ia adalah pemberian dari rakannya.
Warganet turut berkongsi pengalaman mereka makan buah peach yang tular itu, kebanyakan hanya beli disebabkan trend sahaja.
“Saya makan dua biji, perut jadi sebu. Dua hari perut penuh angin,” komen Nurul.
“Baru tadi beli, lima biji RM35 sebab nak merasa belilah juga. Lepas makan sebiji, bolehlah, sedap lagi buah epal,” tambah Rei.
“Satu keluarga makan, lepas itu batu-batuk dan demam panas semua, taubat aku weh. Walaupun sudah cuci guna pencuci botol bayi,” ujar pengguna TikTok.
Pada masa sama, wanita tersebut berharap kisahnya dijadikan iktibar dan mengharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum mengikut sesuatu trend.
Baca juga: “Dah duduk atas kerusi roda…”, ramai titip doa buat Datuk M Daud Kilau