Nak kahwin lain sebab isteri asyik beranak anak perempuan, sekali kena serang warganet

Oleh KIM SYAZIE

Masih ada lagi individu yang menyalahkan isteri apabila tidak dapat anak lelaki sedangkan kromosom suami penentu jantina.

Seorang lelaki memuat naik status di Facebook IRDK (Kelantan), mengenai keinginan untuk berkahwin lain apabila isterinya tidak memeberikan anak lelaki.

“Salah ke nak minta kahwin lain sebab nak baby boy (anak lelaki), bini (isteri) hanya pandai beranak baby girl (bayi perempuan), asyik girl, girl dan girl,” ujarnya.

Melihat kepada kes sebgini, mungkin pasangan yang ingin berkahwin boleh diberi sedikit pendidikan mengenai subjek ini semasa kursus kahwin.

Kalau si suami kahwin sampai penuh kuota sekalipun, penentu jantina anak tetap berada pada pihak lelaki dan bukan isteri.

Rata-rata warganet menyarankan lelaki tersebut untuk belajar sains dahulu sebelum nak tambah isteri.

“Bukan ada suis nak tekan jantina bayi apa yang kita mahu. Belajar sains dulu tak habis ke.

“Aik, kat sekolah dah belajarkan jantina anak ditentukan oleh ayah. Kahwinlah empat orang sekalipun kalau ayah tak boleh bawa genetik x, tak dapat pun baby boy.

“Kalau isteri kau nikah dengan lelaki lain mesti dapat anak lelaki, selagi dengan kamu memang dapat anak perempuan sahaja. Sebab air mani kau memang bawa kromosom bayi perempuan.

Melihat kepada Facebook milik lelaki tersebut, kebanyakan status adalah melibatkan hal wanita yang tidak menjaga diri untuk suami selepas berkahwin.

Malah lelaki turut mempersoal mengapa masih ada wanita yang berpantang selama 44 hari, malah menasihati wanita lain untuk melayan nafsu suami tiga kali sehari jika tidak mahu diduakan.

Baca juga: Buat aduan tak tahan bau busuk tauhu peram, peniaga terpaksa tutup kedai