Nama Malaysia dipetik lagi, pengedar filem tempatan didakwa jadi bos ‘raja dadah India’

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pengedar filem warga Malaysia didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang berpangkalan di India.

Difahamkan, pengedar filem berkenaan masih menetap di negara ini namun memiliki hubungan yang sangat rapat dengan selebriti terutamanya dari industri filem Tamil.

Tular di media sosial, dakwaan itu dibuat oleh A Shankar selaku wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam sesi wawancara di laman Youtube, lapor Malaysia Kini.

Perkara berlaku selepas penerbit filem Tamil iaitu Jaffer Sadin ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu lalu atas dakwaan penyeludupan dadah.

“Dalam kenyataan media, NCB mengaitkan penyeludupan ini dengan Malaysia, New Zealand dan Australia. Kerana mereka (NCB) kata Malaysia, saya beri satu petunjuk.

“Bos kepada Jaffer berada di Malaysia. Dia ialah seorang yang sangat berpengaruh dalam industri filem India. Dia yang mengawal Jaffer. Warga Malaysia ini mempunyai hubungan rapat dengan banyak selebriti industri filem Tamil.

Baca Artikel Penuh