Genap tujuh hari melahirkan anak keduanya, usahawan jelita Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya mengumumkan nama bayi keduanya iaitu Abdullah Abbas.
Pengacara berusia 34 tahun itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi kemaskini di Instagram miliknya semalam.
“Nama putera kesayangan kedua kami pula ialah Abdullah Abbas. Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”.
“Manakala “Abbas” pula, Nabi S.A.W sendiri pernah doakan nya, “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibnu Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwilan

Tambah Neelofa, dia dan suami, PU Riz atau Haris Ismail mengharapkan agar putera kedua mereka itu dipilih Allah untuk menjadi dai (pendakwah) yang akan menyampaikan dakwah ke seluruh alam.
“Dan berkat doa Nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usianya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak). Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.
“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” coretnya.
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu kira-kira jam 10.45 malam.
Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.