Netizen imbau semula pengorbanan bapa redah laut larikan 2 anak demi akidah mereka

Oleh NASUHA RAHMAN

Netizen mengimbau semula bagaimana pengorbanan seorang bapa dari kerabat diraja Terengganu suatu ketika dahulu redah laut menyelamatkan dua anaknya demi akidah mereka.

Kisah ini berlaku pada tahun 1992, di mana kerabat diraja Terengganu itu mengejutkan dunia apabila beliau melarikan dua orang anaknya, Raja Shahirah dan Raja Mohammed Baharuddin daripada bekas isteri, Jacqueline Pascarl di Australia demi akidah kedua-dua orang anaknya itu.

Raja Kamarul Bahrin ketika itu meredah laut menaiki bot dari Australia ketika mengambil pulang dua anaknya daripada bekas isterinya, pada 1992 ketika mereka berusia tujuh dan sembilan tahun.

Tindakan itu diambil bagi menyelamatkan akidah dua anaknya berikutan tindakan Pascarl-Gillespie yang dikatakan cuba menukar agama Iddin dan Shahirah tetapi bekas isterinya menuduh Raja Kamarul Bahrin menculik anak mereka.

Isu itu mencetuskan ketegangan diplomatik antara Australia dengan Malaysia berikutan permintaan Canberra supaya kerabat diraja Terengganu itu diekstradisi ditolak Kuala Lumpur pada November 1993.

Kisah Raja Kamarul Bahrin mengambil dua anaknya daripada bekas isterinya, itu kembali mendapat perhatian media Australia apabila Shahirah bertemu semula dengan ibunya selepas 14 tahun.

Baca Artikel Penuh