Netizen tertanya TokTi ke yang ‘battle’ slot Rembayung? Pengurus peribadi tampil jawab persoalan ramai 

Oleh KIM SYAZIE

Klip video memaparkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza hadir ke Rembayung untuk menyambut ulang tahun kelahiran pengurus peribadinya baru-baru ini berlegar di media sosial.

Momen beliau berada di dalam satu ‘frame’ bersama pengasas Rembayung, Khairul Aming menjadi fenomena.

Momen itu dianggap berharga kerana dua nama hebat yang mempunyai ramai pengikut, berada pada satu masa yang sama.

Dalam banyak-banyak reaksi dari pengguna media sosial, ada satu persoalan yang dibangkitkan seorang individu tentang bagaimana TokTi berjaya menempah slot untuk makan tengah hari di Rembayung.

Dia tertanya-tanya adakah TokTi yang battle untuk dapatkan slot tersebut kerana difahamkan makan tengah hari itu untuk menyambut ulang tahun kelahiran pengurus peribadinya, Rozi Abdul Razak.

Soalan itu mendapat perhatian Rozi sendiri yang kemudian tampil menjawab tanda tanya ramai.

Menurutnya, slot Rembayung itu bukan diperoleh TokTi, sebaliknya orang lain. Mereka cuma hadir di sana sebagai jemputan orang yang membuat tempahan tersebut.

“Sebenarnya @ctdk tu hanya jemputan meraikan saya, dan saya juga hadir kerana ada kejutan sambutan hari lahir untuk saya di situ. 

“Jadinya yang battle semua tu bukan @ctdk. Dan kebetulan dapat slot tengahari, hari kerja tapi kami hadir juga. Saya terangkan supaya dapat menjawab juga pertanyaan lain,” kongsinya di Threads.

Baca juga: “Yang penting abang jangan nekan-nekan saya” – Rider terima tip RM5 tolong buang sampah