Parkir MITEC dipenuhi dengan air kumbahan, ada kereta yang jadi ‘mangsa’

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tular video di media sosial menunjukkan kereta di tempat parkir Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dihujani air najis.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di tiktok kelihatan satu saluran paip yang berisikan air kumbahan najis bocor di kawasan parkir tersebut.

Kesan daripada kebocoran tersebut menjadi lebih tragis apabila beberapa kereta yang berada di bawah paip tersebut habis disimbahi dengan air kumbahan.

Kejadian itu juga turut menyebabkan lantai parkir aras bawah parkir di MITEC itu habis banjir dipenuhi dengan sisa air najis.

Insiden itu juga menyebabkan air berbau najis tersebut telah membasahi lantai parkir pusat pameran berkenaan.

@malaysia_most_virallll

Mau pekat likat bau ni

♬ original sound 🇲🇾 – Aniq Muhai

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi keadaan di pusat pameran itu ekoran kejadian terbabit

Ada yang mendakwa sebagai saksi di tempat kejadian mengatakan bau busuk dan najis bersepah-sepah di kawasan tersebut.

“Tadi pergi sebab ada karnival, sekali nak parking, eee najis bersepah-sepah, busuk gila, ‘last’ parkir jauh tempat kering,”tulis @Ms Anizarfifi.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ Ay|eAnn.

“Kereta saya 10 kotak dari situ, memang memamg bau padu gila, tak boleh bawa bincang, kalau dah saluran paip pecah, melekat,”kongsinya.

baca: Tangki lori kumbahan bocor, habis satu rumah bau najis