“Kerana ada yang keruh…”, Pas dedah kenapa pilih PN bukan BN

Oleh KIM SYAZIE

Pas menjelaskan mengapa parti itu memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Menurut Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, terdapat ‘kekeruhan’ di dalam parti itu di mana masih terdapat individu yang terpalit dengan isu rasuah.

Selain masih ada kes penerima rasuah di dalam BN yang masih belum selesai, antara kekeruhan lain yang disebutkan adalah terdapat mereka yang bersikap rakus dan tidak sabar untuk kembali memerintah

“Kita tahu kes melibatkan penerima rasuah ini ada yang dituduh, tidak salah difitnah dan macam-macam lagi. Tetapi ia masih belum selesai.

“Bukan kita nak bermusuh, tidak. Tetapi kerana ada ‘keruh’, jadi kita kita tangguhkan dulu kerana mengambil pendekatan untuk menjernihkan keadaan,” katanya ketika menyampaikan kuliah duha di Pantai Kelulut hari ini.

Abdul Hadi yang juga bekas Ahli Parlimen Marang itu turut mengakui bahawa beliau didatangi beberapa individu tertentu meminta supaya kerjasama dengan Umno diteruskan.

Baca Artikel Penuh