Patutlah basuh pakai sabun, Abang Pest Control dedah ‘kekotoran’ daun pisang – “Boleh kena virus Nipah!”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pengusaha nasi lemak telah berjaya mencuri perhatian ramai selepas tampil berkongsi caranya membersihkan daun pisang sebelum membungkus makanan.

Disifatkan ‘terpaling rajin’, pemilik akaun TikTok @supermomrecipes itu terlihat begitu teliti membersihkan daun pisang menggunakan sabun sebelum ia dilayur ke atas api.

Jelas pemilik akaun, pelanggan nasi lemaknya tidak perlu khuatir kerana sabun yang digunakan itu berasaskan bahan semula jadi dan tidak membahayakan kesihatan.

@supermomrecipes

Nasi Lemak Supermom dah ready! Hujan bukan penghalang ya guys. Hujan itu kan rahmat. Hujan-hujan ni lah syahdu makan nasi lemak dengan secawan kopi panas dekat @KopiKayoh tu. Jom layan fefeeling. Stock terhad macam biasa tau. 👩🏻‍🍳 #SupermomRecipes #KopiKayoh #fypシ゚viral #foodtiktok #Seremban #Mambau #nasilemak #kopi #resipitiktok #foryoupage

♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia – Noraniza Idris

Hairan dengan reaksi pengguna TikTok yang rata-ratanya tidak senang melihat video tersebut, suami pengusaha terbabit memuat naik semula perkongsian itu di laman X.

“Kelakar pula apabila ingat video TikTok isteri aku ini. Asalnya nak tunjukkan proses buat nasi lemak yang isteri hantar dekat kafe. Tetapi viral sebab ramai terkejut isteri basuh dan layur setiap keping daun pisang,” katanya.

Membalas hantaran tersebut, seorang pemuda yang bekerja dalam industri kawalan serangga memaklumkan bahawa peniaga terbabit telah membuat keputusan tepat.

Hal ini kerana, faktor kebersihan sangatlah penting dalam penyediaan makanan dan penggunaan daun pisang sebagai alas makanan itu tidaklah sebersih yang disangka.

Pemuda yang dikenali sebagai Naim itu mendedahkan bahawa daun pandan adalah lokasi ‘lepak’ yang paling digemari oleh sejenis haiwan memalia dipanggil kelawar.

Seperti yang diketahui umum, kelawar sering dikaitkan sebagai pembawa pelbagai jenis virus berbahaya kepada manusia antaranya adalah Virus Nipah dan juga Covid-19.

“Apa yang isteri dia buat itu benda betul. Kalau nak guna daun pisang sebagai alas makanan, haruslah pastikan dahulu bahawa penyediaan itu kena betul-betul bersih.

“Daun pisang ini sebenarnya ‘port’ kegemaran bagi kelawar. Kelawar ini pula boleh menyebarkan Virus Nipah. Wabak ini pernah gempar di negara kita.” Maklum Naim.

Baca juga: Ulang alik 300km setiap hari demi cari rezeki jual sayur di KL, ibu muda terkejut dapat hadiah motosikal