“Patutlah suka kutuk fizikal orang”, netizen terkejut tengok wajah Sanusi waktu muda

Oleh WAN SITI AMINAH

Sekeping gambar memaparkan wajah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengundang satu perbincangan hangat baru-baru ini.

Mana tidaknya, gambar yang dipercayai diambil ketika Sanusi masih muda itu kelihatan sangat berbeza dengan wajahnya sekarang.

Gambar itu berjaya merakamkan tulang rahang atau jawline milik Sanusi yang membuatkan pemimpin itu tampak maskulin ketika masih muda.

Merupakan sosok yang kurang disenangi, orang ramai mengakui sulit untuk menerima kenyataan bahawa Sanusi ‘pernah’ kacak suatu ketika dahulu.

Malah, ada juga individu yang tidak percaya bahawa wajah yang berada di dalam gambar itu adalah milik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah.

Tular di media sosial, gambar berkenaan dikongsi oleh seorang pengguna media sosial menerusi satu hantaran di laman Twitter.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna Twitter terkejut dengan perubahan wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu.

Ada juga pengguna yang sempat memerli sifat Sanusi yang suka menghina fizikal orang lain tanpa melihat penampilan dan wajah terkininya.

“Sampai bila-bila tak mampu percaya yang kanan tu Sanusi. Otak saya gagal memproses perkara ini. Terlalu berbeza,” kongsi seorang pengguna.

“Patutlah dia suka kutuk fizikal orang. Sebab dia masih ingat muka dia sama macam 20 tahun lalu. Mungkin sudah 20 tahun dia tidak melihat cermin,” seloroh pengguna lain.

Terdahulu, Muhammad Sanusi pernah menerima kritikan setelah menghina fizikal Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Amirudin Shari.

Menyifatkan Amirudin sebagai seorang menteri yang ‘cokia’, Sanusi juga sempat mempersenda tahap ketinggian lelaki itu.

“Menteri besar cokia macam Amir (Amirudin). Inci pun tak berapa cukup.” Ujarnya.

Baca juga: Tak mahu tanggung malu, ibu rahsiakan anak remaja hamil, bayi akhirnya membesar sebagai ‘adik’