Patutlah Syamsul Yusof sayang, Ira Kazar rupanya pandai masak ‘Sirloin Steak’

Oleh KIM SYAZIE

Isteri pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kembali menyita perhatian setelah membuat satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi IG ‘Story’, wanita yang berusia 27 tahun itu memuat naik sekeping gambar hidangan stik sirloin atau stik daging batang pinang.

Siapa sangka, menu masakan barat yang tampak enak itu dimasak sendiri oleh pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin itu.

Terlihat sangat menyelerakan, Ira juga menghidangkan stik berkenaan bersama sos lada hitam dan kentang putar (mashed potato).

Hasil air tangan Ira yang dikongsi di IG ‘Story’

Terdahulu, wanita itu pernah mendapat pujian daripada kakaknya iaitu Yasmin Kazar kerana telah pandai memasak sotong tumis.

Nampaknya, postingan Ira akhir-akhir ini membuktikan bahawa wanita itu sedang dalam proses belajar kemahiran memikat ‘perut’ suami.

Ira dan Syamsul pernah mengejutkan rakyat Malaysia pada awal tahun lalu selepas didedahkan telah mendirikan rumah tangga secara rahsia.

Berwalikan bapa Ira iaitu pelakon, Kazar Saisi, mereka berdua sah menjadi suami isteri setelah bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari lalu.

Susulan daripada pendedahan itu, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah kemudian memfailkan tuntutan cerai agar dirinya dilepaskan.

Perkahwinan Syamsul dan Sarah berakhir setelah mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Tuntutan saman sivil Puteri Sarah terhadap Ira dan keluarga atas dakwaan mengganggu rumah tangga juga digugurkan.

Baca juga: Vida turun Johor 22 Julai ini, mahu tuntut ilmu pengurusan kelab bola dengan TMJ