Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki yang dilihat seolah-olah ingin membeli pelbagai barangan untuk disimpan di rumah.
Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat mengambil dan memegang pelbagai jenis makanan, minuman, roti dan barangan lain di rak jualan.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah jumlah pada resit akhir yang menunjukkan dia hanya membelanjakan RM11.90.
Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakannya menyentuh dan mengendalikan barangan dengan agak kasar walaupun tidak berniat untuk membelinya.
Video tersebut kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna Threads, hiddencases._, yang turut mempersoalkan sikap lelaki berkenaan.
“Memang lepas ni ambil yang belakang je,” tulisnya.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads menyelar tindakan lelaki itu yang dianggap tidak sopan, selain dilihat tidak menghormati barangan jualan seolah-olah sengaja merosakkannya.
“Bukan nak cakap apa. Kita ni biar rupa tak elok, janji perangai elok beradab. Ini tak, dua-dua kau nak sapu bang. Rupa tak elok, perangai lagi la macam haram.
“Tak ada benda lawak dalam video, aku yang pernah kejra ‘retail’ ni penat nak susun semua benda tu tau, kalau tak kemas kena marah pengurus. Cuba buat sesuatu tu guna otak.
“Rosakkan harta orang memang kedai tu boleh hantar balik kilang tapi kesian dekat kilang. Memang kilang level dah kaya tapi bodoh kita tu simpan.
“Menyirap pula tengok barang tu tersusun elok lepastu pergi sepahkan,” antara komen netizen.
Hingga kini tidak dapat dipastikan pemilik sebenar video sudah menurunkan video atau tidak namun kejadian berdasarkan resit berlaku pada 16 April 2026.
Baca juga: Peminat syak Mimi Lana hamil, kongsi gambar guna gelaran ‘Mom and Dad’