Seroang remaja perempuan menjadi bualan hangat netizen di media sosial semalam apabila video kurang ajarnya terhadap guru sendiri tular.
Dalam video yang tular itu, pelajar sekolah menengah itu dilihat membuat isyarat jari tengah terhadap gurunya.
Kejadiaan yang berlaku di Indonesia itu dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @gowa_iinfo yang menunjukkan remaja perempuan itu berulang kali menunjukkan jari tengah di hadapan wajah gurunya yang sedang duduk.
Selepas klip video itu menjadi tular, ibu bapa pelajar terbabit dipanggil ke sekolah.
“Tanpa paksaan, saya memohon maaf kepada guru, pihak sekolah, netizen dan seluruh alumni kerana memburukkan nama baik sekolah, lapor portal berita Tribunnews.
“Saya terima dibuang sekolah dan bertanggungjawab atas perbuatan saya,” kata pelajar itu.
baca: liwat pelajar tahfiz