Isu kedai makan menghidangkan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna semakin mendapat perhatian ramai.
Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti perkhidmatan, malah membahayakan kesihatan pelanggan jika makanan yang separuh masak atau mentah dihidangkan.
Tular di Facebook seorang pelanggan menggunakan cara unik untuk membuat aduan terhadap satu kedai makan apabila makanan yang dihidangkan adalah agak mentah.
Tampil di media sosial, pengguna Facebook, Abang Dagang yang juga pemilik kedai makan meminta pelanggan tersebut untuk memaklumkan secara berhadapan jika isu ini terjadi lagi.
“Ini silap kami, tapi boleh ke kalau ada isu sebegini, panggil terus pelayan. Kami ganti baru serta-merta.
“Kami janji, tiada tambah duit pun, hanya tekan butang di meja atau panggil terus atau pergi terus ke kaunter.
“Kami minta maaf, ya, salah kami. Tapi kami juga harap boleh selesaikan segera supaya awak akan makan makanan baru yang kami ganti selepas kami kenal pasti isu.” kongsinya di Facebook.
Rata-rata netizen juga tidak memahami mengapa pelanggan itu tidak buat aduan terus semasa berada di kedai makan tersebut.
“Sedangkan boleh sahaja panggil dan maklumkan. Kebiasaannya pemilik kedai akan ganti baru.
“Kalau saya tak tergamak nak buat macam ni, bukan susah pun nak maklum dekat pemilik kedai,” antara komen netizen.
Baca juga: Bukan buat ‘gomol-gomol’, Bonda Rozita bela dua ekor anjing K9 untuk jaga ladang