Pernah tular kerana tidak sensitif mengenai isu pesawat MH370, pelawak kontroversi, Jocelyn Chia kembali lagi dengan komen mempersenda kerajaan Malaysia.
Pelawak tersebut sebelum ini terpaksa menutup semua media sosial selepas diserang rakyat Malaysia disebabkan tingkah laku yang penuh kebencian terhadap Malaysia.
Jocelyn dalam satu ciapan mengalu0alukan kedatangan kumpulan tersebut ke dalam senarai individu yang disenarai hitamkan oleh negara ini.
Malah dia sempat mempersoal mengapa INTERPOL tidak mengarahkan mereka untuk ditahan.
“Selamat datang Matty Healy ke geng budak-budak hebat yang disekat oleh Malaysia.
“Tapi dimana gesaan untuk menangkapnya dan Interpol untuk mengesannya kerana benar-benar melanggar undang-undang Malaysia di negarai itu.
“Adakah Malaysia sudah lembut? Sebab dia orang kulit putih? Malaysia tidak mungkin mempunyai double standard sekarang bukan?,” tulisnya di Twitter.
Rata-rata warganet sudah penat melayan pelawak itu kerana masih mahu terlibat dalam hal yang berlaku di Malaysia.
“Berusaha keras untuk kekal relevan ya makcik? tsk tsk tsk.. Saya rasa komedi anda tidak membawa anda ke mana-mana.
“Move on makcik. Ramai orang sudah lupa tentang anda. Sudah tidak laku di Amerika syarikat, sangat terdesak untuk kekal relevan,” antara komen warganet.
Disebabkan pelawak inilah, Singapura membuat permohonan maaf kepada Malaysia walhal Joceylen bukanlah warganegara di situ lagi.
Baca juga: Trend inflasi menurun dijangka kekal hingga hujung tahun, kata profesor