Pembangkang pecah umno bertuah

Oleh NASUHA RAHMAN

Kalau jalan cerita pilihan raya negeri (PRN) Melaka 20 November lalu boleh digunakan ke atas PRN Johor 12 Mac ini, Umno akan menang besar. Bukan sangat kerana Umno kuat tetapi kerana parti-parti lawan sudah hilang arah tujuan.

Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan PKR mungkin mengulangi kekalahan teruk di Melaka. PH/PKR juga kalah teruk dalam PRN Sarawak 18 Disember lalu.

Parti-parti yang menentang Umno banyak dan rakyat jelata jelata yang mahukan perubahan pun ramai tetapi mereka lebih berpecah belah sekarang daripada ketika PRN Melaka. PH terbahagi dua kerana PKR hendak guna lambang sendiri. Tinggallah DAP dan Amanah memakai lambang PH. Pengundi akan keliru dan kurang yakin dengan sikap mementingkan diri ini. Maka atas sebab-sebab inilah, Umno nampak mempunyai kelebihan.

Muda akan membuat kemunculan sulung sejak didaftarkan 23 Disember lalu melalui kerjasama dengan PH/PKR. Muda boleh membantu menarik undi pemilih muda kepada khemah pembangkang. Pejuang juga dilaporkan akan mengadu nasib buat kali pertama secara bersendirian.

Yang umpama rumput di tengah jalan – sini tidak di sana pun tidak – adalah PN. Bersatu tidak kuat dan Pas lemah. Bersatu menang kerusi di Johor dalam pilihan raya umum lalu atas kekuatan bersama PH.

Nampak-nampaknya, Bersatu bolehlah bersiap sedia untuk menendang dirinya sendiri kerana telah ditipu bulat-bulat oleh Umno dan feksyen Mohamed Azmin Ali untuk melakukan tindakan politik paling bodoh dengan menjadi alat “Sheraton Move” dua tahun lalu.

Baca Artikel Penuh