Pembangkang perlu ketepi ego, contohi langkah PH meterai MOU bersama kabinet Ismail Sabri

Oleh WAN SITI AMINAH

Pembangkang dinasihatkan supaya mengetepikan ego bagi menyelesaikan masalah peruntukan demi kepentingan masyarakat yang telah mengundi mereka.

Gesaan itu diutarakan Ahli Parlimen Labuan yang juga wakil rakyat dari parti Bersatu iaitu Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman tentang isu melibatkan pengagihan peruntukan.

Suhaili turut merujuk kepada tindakan yang pernah dilakukan parti Pakatan Harapan (PH) yang memeterai satu memorandum perjanjian persefahaman (MoU) pada 2021.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik itu ditandatangani tepatnya pada 13 September melibatkan PH bersama pihak Kerajaan Persekutuan.

Hal ini bagi memastikan segala perbezaan politik dapat diketepikan di antara kerajaan yang ketika itu dipimpin Bekas Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri dengan PH.

MoU tersebut merangkumi Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Baca Artikel Penuh