Pembeli dedah kedai runcit letak syarat beli minyak paket, sekali ini yang KPDN buat

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan peniaga sebuah kedai runcit yang mengenakan syarat kepada pelanggan untuk membeli minyak masak paket, menjerat diri.

Ia selepas seorang pengguna di aplikasi X membongkar syarat yang ditetapkan peniaga premis tersebut sehingga ia mendapat perhatian Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

“Kedai runcit di Perak ni lagi lah bang. Nak beli minyak masak paket kena beli benda lain dulu. Menyirap je rasanya,” kata seorang pengguna X dalam tangkap layar yang dikongsi semula oleh Fuziah.

“Boleh bagitahu saya kedai mana?”. Demikian pula respon Fuziah terhadap pendedahan pengguna terbabit.

Susulan itu, dua pegawai KPDN kemudian telah ke premis yang dimaksudkan bagi menyiasat dakwaan tersebut dengan salah seorang daripada mereka menyamar sebagai pembeli.

Video penyamaran tersebut turut dikongsikan Fuziah baru-baru ini di aplikasi TikTok yang merakamkan pegawai memasuki premis runcit berkenaan sebelum bertanya kepada peniaga sama ada dia boleh membeli dua peket minyak masak atau tidak.

Baca Artikel Penuh