Pemimpin Thailand dan Kemboja hadir jumpa Anwar selesai konflik

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kedua -dua pemimpin dari Thailand dan Kemboja dijangka hadir ke Putrajaya menemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi berbincang mengenai gencatan senjata berhubung konflik antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, negara Thailand dan Kemboja telah memintanya untuk menjadi perunding berkenaan konflik yang berlaku.

“Mereka (wakil kerajaan Thailand dan Kemboja) telah meminta saya untuk berunding mengenai satu penyelesaian damai, jadi kami akan menjadi tuan rumah mesyuarat itu di sini esok pada jam 3 petang.

“Jadi, saya sedang membincangkan parameter, syarat-syaratnya, tetapi apa yang penting ialah gencatan senjata serta-merta,”

Anwar juga berharap rundingan ini menjadi titik kejayaan antara kedua-dua negara.

“Jadi, mengikut kemampuan kita, kita cuba yang terbaik dan Alhamdulillah, kita diberikan kepercayaan dan penghormatan dan mereka sememangnya rakan rapat kita, jiran kita dan kita bekerja bersama-sama”, kata beliau pada Majlis Ilmu Madani di kediaman rasmi Perdana Menteri semalam.

“Dan saya harap ini akan berjaya. Kita perlu terus berusaha untuk memastikan parameternya selaras. Menteri Luar dan Kementerian Luar sedang bekerja sepanjang malam untuk memastikan segala-galanya jelas, kerana ia bukan mudah, anda tahu apabila tembakan masih berterusan dan M16 masih berbalas tembakan.