Pemuda terkejut pertama kali pergi bazar Ramadan di Kuala Lumpur, telur mata dijual RM4.50

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki terkejut apabila sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur didakwa mengenakan harga cekik darah apabila menjual sebiji telur mata pada harga RM4.50.

Dakwa individu itu, perkara pertama yang membuatkannya terkejut apabila tiba di ibu kota adalah harga telur yang dijual hampir menyamai harga seketul ayam goreng.

“Benda pertama aku terkejut sampai Kuala Lumpur hari ini adalah orang jual telur mata RM4.50 dekat Bazar Ramadan,” ciap Roni Yaakub.

Harga maksimum telur gred A ketika ini adalah 45 sen sebiji. Jika mengikut perkiraan, sepatutnya harga telur yang siap masak adalah sekitar 90 sen atau paling mahal RM1.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa terkejut selain menyifatkan harga dikenakan peniaga terbabit agak melampau.

Ada juga meninggalkan komen berbunyi; “Selamat datang ke Kuala Lumpur”, seolah memberi gambaran itulah harga perlu dibayar jika berada di ibu kota.

Baca Artikel Penuh