Penangan BTS Jungkook, keranda harga RM17k dalam muzik video pun boleh ‘sold out’

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu BTS adalah salah group yang bukan sahaja terkenal di Korea malah juga di seluruh dunia dek kerana jutaan peminat.

Segala barang yang dilihat bersama ahli kumpulan tersebut pastinya akan habis terjual, tidak kiralah jika harga mencecah jutaan ringgit sekalipun.

Baru-baru ini salah satu ahli kumpulan BTS, Jeon Jungkook telah mengeluarkan satu ‘single’ dan terlihat dalam muzik video tersebut dia berada dalam sebuah keranda.

Tahukah anda keranda tersebut menjadi tumpuan ramai malah habis terjual walaupun bukan keranda yang sama digunakan penyanyi tersebut.

Menurut The Economic Times kedai yang menjual keranda tersebut mendedahkan bahawa mereka kekurangan stok kini dan ia adalah disebabkan design keranda tersebut sama seperti dalam muzik video ‘Seven’.

Lebih mengejutkan keranda tersebut dijual pada harga 5 juta won (RM17,538), dan ramai mempersoal bagaimana orang muda mampu membelinya dan untuk kegunaan apa.

Sampai begitu sekali peminat mengkagumi artis sehingga sanggup berhabis puluhan ribu untuk sesuatu benda yang boleh dikatakan agak aneh.

Rata-rata warganet turut mempersoal tindakan Army (gelaran untuk peminat BTS) yang dilihat agak berlebihan selepas membeli keranda tersebut.

“Kejap, macam mana keranda boleh habis terjual? Nak buat beli benda itu? Untuk tidur?

“Nak buat apa dengan keranda tu? Jadikan sebahagian dekorasi untuk rumah ke macam mana.

“Jap! Peminat mereka jadikan keranda katil ke? Baik, army yang kaya semua kena bertenang sedikit.

“Keranda dalam muzik video Seven habis terjual. Army beli keranda walaupun sedar mereka masih hidup,” antara komen mengenai hal tersebut.

Bukan main lagi peminat artis luar ini, keranda juga boleh habis walhal banyak lagi benda boleh dibeli.

Baca juga: Ceraikan bini sebab naik berat, lelaki menyesal lepas tahu bekas isteri meninggal sebab ‘obses’ nak kurus