Penangan Ira Kazar kongsi resipi sambal, betul ke sotong di pasar sampai habis stok?

Oleh WAN SITI AMINAH

Gara-gara satu perkongsian resipi sambal sotong yang tular di media sosial, bekalan makanan laut tersebut dikhabarkan sukar didapati di pasar tempatan.

Dakwaan itu disampaikan oleh salah seorang pengikut kepada isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar melalui akaun Instagramnya (IG), @irakaza.

Hantaran yang dikongsi di IG ‘Story’ itu bagai memberi gambaran bahawa situasi tersebut kononnya terjadi selepas Ira berkongsi foto sambal sotong air tangannya.

Gambar yang disertai kapsyen “Sambal sotong favourite (kesukaan) suamiku,” itu dikatakan mempengaruhi suri rumah untuk turut memasak hidangan yang sama.

Rata-rata pengikut Ira Kazar juga difahamkan mula membanjiri direct message (DM) di akaun milik wanita itu untuk meminta resipi sambal sotong masakannya.

Selepas berkongsi resipi, Ira kelihatan tak menang tangan melayan pengikutnya yang terjebak untuk menyediakan juadah sambal sotong bagi suami masing-masing.

Perkara itu dapat dilihat menerusi beberapa siri kongsian Ira yang mengulang siar hantaran (repost) gambar masakan sambal sotong milik pengikutnya.

“Terjebak juga dengan @irakaza. Hari ini menyotong demi perut encik suami. Okay tak Ira tengok sotong berasap,” soal salah seorang pengikut Ira.

Ira juga sempat berseloroh agar peminat tidak menyalahkan dirinya selepas mereka mengadu tidak sempat mendapatkan sotong di pasar kerana bekalan sudah habis.

Resipi kongsian Ira bersama aduan peminat yang mengatakan bahawa bekalan sotong sudah habis

“Sotong ‘out of stock’ dekat pasar. Semua masak sotong ke hari ini?.” Tanya seorang pengikut.

“Ya ampun, serius ke ni? Ramai cakap benda yang sama. Ini bukan salah saya.” Respon Ira sambil berseloroh bersama peminatnya.

Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini sebelum ini tidak disenangi ramai setelah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari lalu.

Berwalikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon, Kazar Saisi, mereka berdua bernikah secara rahsia di Selatan Thailand.

Baca juga: Ini 3 perkataan dilarang sebut dalam pesawat, walau sekadar gurau penumpang boleh dikeluarkan serta merta dari penerbangan