Seorang ibu berdepan detik mencuit hati apabila mendapati anaknya dipercayai ‘mencuci duit’ di dalam bilik air sehingga tular di media sosial.
Menerusi perkongsian pengguna dikenali sebagai theyayamf, kejadian itu disedari ketika dia sedang berehat sebelum terdengar jeritan suaminya yang terkejut melihat keadaan bilik air dipenuhi wang kertas yang basah.
Dalam gambar dikongsikan, kelihatan beberapa keping wang kertas diletakkan di dalam besen berisi air serta bertaburan di lantai tandas, dipercayai dilakukan oleh anak kecil mereka.
“Sepatah dua kata. Pening mak, anak oi. Tengah-tengah rehat, Baba jerit ‘Hang (awak) duk (tengah) buat apa adik oi’,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat spontan kanak-kanak berkenaan.
Malah, ada pengguna media sosial berseloroh menyifatkan situasi itu sebagai istilah sebenar ‘cuci duit’, merujuk kepada wang kertas yang direndam di dalam air.
“Ni betul-betul istilah ‘cuci duit’,” komen seorang pengguna Threads.
“Dia buat macam zaman Covid dulu tu, cuci dulu duit guna sabun. Baru boleh guna sebab takut virus hahaha,” komen Reen.
“‘Money laundering’ ya dik.. Hati-hati dik jangan sampai terjerumus ke dalam tu,” komen Umie.
Seorang lagi pengguna, Nabilah berkongsi kisah anaknya yang mengoyak beberapa keping duit not RM50.
“Mak sedap sangat tidur siang. Anak buat projek diam-diam selongkar beg mak. Adeh la anak,” komen Nabilah.
Baca juga: Jururawat tuai pujian, berani turun gaung seorang diri nak bantu mangsa kemalangan