Penjara tempat tebus dosa bukan tempat nak berselesa

Oleh KIM SYAZIE

Hospital Kuala Lumpur adalah antara hospital tertua, terbesar dan terlengkap di Malaysia. Ubat generik adaIah sama dari segi ramuan dengan ubat berjenama tetapi lebih murah. Kalau banyak duit belilah sendiri ubat berjenama.

HKL dibina pada 1870 dan tidak hairanlah kalau hari ini ada macam-macam pakar di situ. Cakap saja sakit apa, ada lah doktor untuk mengubatinya.

Kalau seseorang mengadu sakit perut atau usus dan dia orang terkenal pula – macam Mohd Najib Abdul Razak – dia akan dirawat oleh pakar gastroenterologi. Bagi pesakit biasa, selalunya yang periksa dulu adalah doktor perubatan am atau GP. Bila sah masalahnya serius barulah dirujukkan kepada doktor pakar.

Katakan ahli gastroenterologi tak jumpa apa-apa masalah serius, dia “prescribed” lah ubat biasa macam ubat gastrik atau kembung dan suruh balik.

Tapi kalau dengan tak semena-mena dia berasa sakit leher dan belakang, pakar ortopedik pula akan periksa. Perubatan autopedik ini berkaitan sistem otot rangka (tulang, sendi, ligamen, tendon, otot, dan saraf).

Untuk lebih meyakinkan, dia juga mungkin diperiksa oleh pakar neurologi iaitu berkaitan sistem saraf pusat dan periferi, otak, tulang belakang dan tisu penyambung di sekelilingnya.

Baca Artikel Penuh