Perdana Menteri adakan lawatan rasmi ke Thailand esok

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Thailand selama dua hari bermula Khamis untuk bertemu rakan sejawatannya Prayuth Chan o-cha bagi membincangkan hala tuju dalam mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara Malaysia dan Thailand.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) memaklumkan lawatan Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 adalah atas undangan Prayuth.

“Pertemuan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Thailand. Bidang-bidang utama meliputi kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat,” menurut kenyataan itu. 

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis pertukaran empat Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama tenaga dan ekonomi digital

“Kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Lawatan itu mencerminkan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Thailand yang dibina berasaskan kepercayaan dan perkongsian bersama.

Baca Artikel Penuh